Artikel

Duta Iran: Tiada Caj Tol Dikenakan Buat Kapal Malaysia Di Selat Hormuz

Konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat terus berlarutan sehingga memberi kesan kepada laluan Selat Hormuz. Namun usah bimbang, kapal milik Malaysia dijelaskan boleh melayari laluan tersebut dengan selamat tanpa dikenakan sebarang caj tol.

Perihal ini telah dikongsikan Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi bersama laporan NST – status tersebut telah disahkan susulan terdapat makluman 7 kapal milik Malaysia berhasrat untuk transit di selat tersebut. Ia melibatkan 3 kapal milik Petronas, dua kapal MISC dan 1 kapal Sapura Energy, 1 kapal Shapadu Corp.

Perolehan akses tanpa tol itu dicapai berikutan hubungan baik yang telah dibentuk antara Malaysia dan Iran dalam arena ekonomi global selama ini. Buat pengetahuan umum, laporan media sebelum ini telah menyatakan Iran mula menggenakan bayaran tol anggaran sehingga $2 juta untuk kapal berkaitan melalui Selat Hormuz. Dengan pelepasan itu, ia secara langsung memberi kelegaan kepada Malaysia menghindari kos logistik tambahan.