Artikel

Capital A Lantik Effendy Shahul Hamid Selaku Timbalan CEO – Berkuat Kuasa 6 April Ini

Berkuat kuasa 6 April ini, Capital A secara rasminya telah mengumumkan melantik Effendy Shahul Hamid selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan. 

Penyertaan Effendy Shahul ini dilihat berupaya mengukuhkan potensi khidmat digital kumpulan – khususnya pada segmen dompet digital BigPay dan program kesetiaan pada ekosistem ganjaran bersama pengguna.

Buat pengetahuan umum, Effendy sebelum ini pernah memikul peranan selaku CEO Pengguna Perbankan Digital CIMB dan CEO Touch ‘n Go (TNG) iaitu penyedia utama dompet digital di pasaran Malaysia.

Berbekalkan pengalaman dan kemahiran beliau pada arena kewangan digital ini, Capital A melihat keupayaan ini berpotensi memajukan khidmat perkhidmatan kumpulan di masa hadapan. Selain menambahbaik segmen BigPay, penyertaan Effendy dijangka turut akan membantu kumpulan meningkatkan nilai segmen AirAsia MOVE, Teleport dan ADE.