Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan pemegang saham terbesar IJM Corporation dengan 20.52% kepentingan kini dilaporkan telah menolak tawaran pengambilalihan Sunway berhubung pegangan mereka.
Penolakan ini jelas laporan The Edge, setelah tindakan penilaian tawaran tersebut dilaksanakan dan didapati tidak seiring dengan potensi sebenar IJM.
Berikutan keputusan itu, KWSP memilih untuk bertindak selaku pihak berkecuali dalam mesyuarat agung berhubung pengundian peralihan tersebut minggu lalu. Selain KWSP, Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan pemegang 13.3% kepentingan IJM turut menzahirkan tindakan yang sama – menolak peralihan IJM kepada Sunway atas penilaian pelaburan yang tidak selari dengan keupayaan semasa kumpulan.
Buat pentahuan umum, Sunway pada Januari lalu telah menyatakan matlamatnya untuk mengambilalih IJM pada nilai RM11 bilion. Tindakan strategik itu dilihat akan akan mengukuhkan kedudukan Sunway sekali gus menjadikan konglomerat hartanah dan pembinaan terbesar di Malaysia dari aspek jumlah aset serta nilai pendapatan.