Biarpun Malaysia mengambil langkah berani dengan mengekalkan pengagihan subsidi petrol RON95 (BUDI95) berkadar RM1.99 seliter – kerajaan kini dilihat sedang merancang keperluan mengurangkan kuota tersebut kepada 200 liter sebulan berbanding penawaran semasa 300 liter sebulan.
Perihal ini menurut laporan The Edge, berpotensi dilaksanakan secara berperingkat untuk mengimbangi kenaikan harga global. Tindakan itu dijangka akan diumumkan seawal minggu ini.
Buat pengetahuan umum, kos subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia berupaya mencapai RM24 bilion sekiranya harga minyak global kekal melebihi $110 setong. Maka, jika pengurangan kuota BUDI95 dilaksanakan, ia secara tidak langsung membantu pentadbiran menangani tekanan bil subsidi bagi tempoh jangka pendek.
Ini senarai harga petrol mengikut pasaran semasa bagi tempoh 26 Mac 2026 – 1 April 2026:
- RON97 = RM5.15 seliter
- RON95 Tanpa Subsidi = RM3.87 seliter
- RON95 Bersubsidi (BUDI95) = RM1.99 seliter
- Diesel (Semenanjung Malaysia) = RM5.52 seliter
- Diesel (Sabah, Sarawak, Labuan) = RM2.15 seliter