Artikel

Harga Sayuran Berpotensi Naik Sehingga 50% – Kesan Lonjakan Kos Pengeluaran

Selain perubahan cuaca, kesan kenaikan kos pada pasaran semasa dilihat berpotensi meningkatkan harga sayur-sayuran di pasaran Malaysia. Dengan potensi kenaikan berupaya mencapai 50% dalam tempoh terdekat. 

Ini berikutan krisis bahan api telah meningkatkan kos operasi jentera pengeluaran tanaman yang digunakan.

Biarpun kenaikan itu lebih tinggi daripada kebiasaan, laporan BH bersama persatuan pekebun ini menjelaskan kenaikan tersebut akan mereda semula kepada kenaikan sekitar 30%. Dan untuk membantu melandaikan tekanan kos, para pengguna dinasihatkan untuk melaksanakan perbelanjaan yang berpatutan dengan pembelian sayuran pada harga rendah.

Tindakan itu sekali gus membantu melandaikan semula tekanan kos sayur-sayuran di pasaran hadapan yang mana peniaga akan menawarkan  harga yang lebih murah susulan permintaan untuk kos rendah menjadi pilihan pengguna.