Bank Negara Malaysia (BNM) kini dijangka menilai kesan ketidaktentuan harga minyak dunia sebelum bertindak menaikkan kadar faedah semasa bagi menangani kenaikan inflasi di pasaran kelak.
Perihal ini jelas laporan adalah berikutan ketidaktentuan harga minyak global itu berpotensi menganggu bekala serta pasaran kewangan. Dan berdasarkan sasaran BNM dijangka memaklumkan penilaian tersebut sekitar akhir Mac ini.
Setakat ini kerajaan Malaysia masih bertindak mengekalkan paras harga subsidi RON95 pada takuk RM1.99 seliter dengan menanggung RM2 bilion sebulan diikuti RM1.2 bilion sebulan untuk subsidi diesel. Biarpun keputusan itu suatu tindakan sukar, pada pengumuman sebelum Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan ia sebagai langkah relevan untuk membendung tekanan kos ke atas rakyat negara.
Sementara status minyak semasa negara pula memperlihatkan Malaysia berada pada kedudukan yang stabil selaku pengeluar minyak dengan rekod lebihan dagangan minyak dan gas mencatatkan RM18.2 bilion (2025) dan sebahagian besarnya disokong oleh lebihan yang dicatatkan industri LNG.