Artikel

Pengendali Empire Sushi Bakal Lancar Prospektus IPO – Dalam Masa 2 Minggu Lagi

Seperti yang dinyatakan pada awal Oktober 2025, Empire Premium Food Bhd iaitu pengendali rangkaian Empire Sushi kini dilihat sedang bersedia untuk pelaksanaan penyenaraian tawaran awam (IPO) pada papan utama Bursa Malaysia sekitar akhir Mac ini.

Tindakan pelaksanaan IPO ini akan melibatkan terbitan 218 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan 145 juta saham sedia ada pemegang saham Empire 11 Group Sdn Bhd. Dengan terbitan sedemikian, ia akan menawarkan sebanyak 33% unit dalam kumpulan dengan sebahagian besar saham 293 juta unit mewakili 26.6% saham diperuntukkan kepada pelabur institusi dan pelabur Bumiputera terpilih.

Sementara 70 juta saham (6.4%) pula kepada pelabur runcit disusuli 55 juta saham akan diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan 15 juta lagi untuk kumpulan yang layak. Menerusi langkah IPO iini ia sekali gus menyokong operasi melaksana tindakan pengumpulan dana dan perluasan cawangan di pasaran Malaysia. Setakat ini terdapat 132 cawangan Empire Sushi di seluruh negara dengan jangkaan 56 cawangan tambahan diwujudkan dalam tempoh bermula 2027.