Setelah melaksanakan sistem pengurusan akses kenderaan (VAMS) di Terminal 1 pada tahun lalu, kini Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) melanjutkan penerapan sistem tersebut dengan memulakan ujian pada Terminal 2.
Perluasan sistem VAMS ini bermakna pengenaan caj akan dikenakan ke atas kenderaan yang merekodkan masa menghantar atau menjemput penumpang lebihi had masa yang ditetapkan. Tempoh percubaan ujian ini dijelaskan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) akan berakhir pada 30 Mac kelak.
Dengan sistem VAMS, aliran trafik di KLIA dijangka akan lebih cekap di pasaran hadapan dan bertujuan memastikan setiap pengguna meraih pengalaman yang selamat tanpa isu kesesakan.
Buat pengetahuan umum, di bawah sistem VAMS pemandu kenderaan diberi tempoh selama 10 minit untuk menghantar dan mengambil penumpang penerbangan di balai ketibaan serta balai pelepasan. Sekiranya melebihi had masa tersebut maka para pemandu berpotensi dikenakan penalti antara RM10 sehingga RM100.
Setakat ini, Terminal 2 merekodkan sekitar 16,000 pergerakan kenderaan setiap hari di kawasan susur jalanya. Maka dengan sokongan VAMS situasi ini dapat dikawal dengan lebih rapi.