Artikel

ADUN Johor Saran Pusat Data Tidak Lagi Dibina Berhampiran Kawasan Perumahan

Tindakan membina pusat data berhampiran kawasan perumahan di Iskandar Puteri, Johor – ternyata merupakan suatu kesilapan perancangan yang dicapai oleh pihak berkepentingan memandangkan keputusan ini menjejaskan persekitaran semasa dan mengakibatkan kos tanggungan yang lebih tinggi. 

Pembinaan pusat data oleh ZData dan NTT Data Group ini dijelaskan telah mencetuskan keresahan awam susulan berdepan pencemaran debu yang tebal, gangguan bunyi serta kejadian banjir kilat di laluan utama. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Pandak Ahmad, pencemaran itu berlaku disebabkan ativiti pembersihan tanah dan penarahan bukit – kesan aktiviti sedemikian, maka hampir RM1 juta perlu dibelanjakan syarikat untuk menangani kesan pembinaan terhadap penduduk.

Peruntukan ini mengikut laporan melibatkan tindakan pembersihan kereta penduduk secara percuma, pembersihan jalan dan semburan air. Dan kelak terdapat kemungkinan agihan pampasan tambahan dilaksanakan kepada penduduk yang terlibat merangkumi isu bil kediaman meningkat, kos perubatan, dan kos dobi profesional.