Artikel

LTAT Umum Dividen 5.35% – Kadar Tertinggi Dalam Masa 8 Tahun

Sekiranya tahun 2024, kadar agihan dividennya mencapai 5.25% – terbaharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini mengumumkan kadar agihan dividen bagi tahun 2025 ialah 5.35%. Iaitu menjadi rekod tertinggi dalam masa 8 tahun.

Bersama pengumuman kadar itu, LTAT memaklumkan kadar tersebut akan memanfaatkan sejumlah 125,014 penyumbang Angkatan Tentera Malaysia.

Dengan peningkatan prestasi pulangan ini, dijelaskan jumlah pembayaran kepada pendeposit tahun ini adalah RM524.74 juta menjadikan ia rekod tertinggi berbanding 2024 sekitar RM514.20 juta. Buat pengetahuan umum, kadar dividen ini telah meningkat secara beransur daripada 2019 (2.5%), 2020 (3.5%), 2021 (4.1%), 2022 dan 2023 (5%), 2024 (5.25%) dan 2025 (5.35%).