Bersempena sambutan Aidilfitri 2026 kelak, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini mengumumkan mulai 14 Mac sehingga 28 Mac 2026 terdapat 27 jenis barangan di pasaran akan ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum bagi musim perayaan (SHMMP).
Menerusi penawaran harga barangan di bawah skim ini – para pengguna akan menikmati harga yang lebih berpatutan iaitu sebelum, semasa dan 7 hari selepas perayaan tertakluk dengan jaminan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Skim ini dijangka akan membantu lebih ramai pengguna dalam meraih penjimatan ketika berbelanja untuk persediaan sambutan Hari Raya 2026 kelak. Ini 27 jenis barangan yang terlibat:
