Sedekad lalu, melanggan insurans di Malaysia sering dianggap rumit kerana perlu melalui proses fizikal dan pemahaman polisi yang kompleks. Namun kini, platform digital telah mengubah landskap tersebut secara drastik. Tinjauan Tren Insurans ShopeePay 2026 mendedahkan 88% pembeli kini yakin melanggan perlindungan secara atas talian, didorong oleh faktor kemudahan akses, harga mampu milik, serta proses pembelian yang lebih pantas berbanding kaedah tradisional.
Platform digital turut berjaya merapatkan jurang perlindungan, khususnya bagi insurans Kemalangan Diri (PA). Data menunjukkan 78% pelanggan MoneeInsure Agency di ShopeePay sebelum ini tidak memiliki sebarang perlindungan PA. Malah, 67% responden mengakui tidak akan memiliki perlindungan tersebut sekiranya ia tidak ditawarkan secara mudah melalui platform digital.
Trend ini turut meluas ke segmen perlindungan yang lain dengan 69% pemilik kenderaan dan 46% pengguna kini memilih platform digital untuk mendapatkan maklumat serta melengkapkan polisi mereka ketika bercuti. Statistik ini membuktikan platform digital bukan sekadar pilihan alternatif, sebaliknya telah menjadi keperluan utama dalam meningkatkan kesedaran dan memastikan rakyat Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya.