Artikel

Vincent Tan Jual Saham Berjaya Corp – Pada Nilai Hampir RM80 Juta

Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melaksanakan langkah penyusunan semula pegangan saham yang signifikan dalam konglomerat tersebut apabila bertindak menjual kepentingannya bernilai RM79.56 juta.

Makluman kepada Bursa Malaysia ini memperincikan pelupusan kepentingan itu dilaksanakan menerusi syarikat pelaburan peribadinya iaitu Berjaya True Ascend melibatkan 306 juta saham yang mewakili 5.25% dalam Berjaya Corp.

Susulan pelupusan blok saham tersebut, Tan Sri Vincent Tan kini memiliki baki keseluruhan sebanyak 1.23 bilion saham, yang mewakili kira-kira 21% kepentingan dalam kumpulan. . Di mana 8.559% pegangan langsung milik Vincent Tan dan 12.533% pula dimiliki bersama pelaburan lain.

Setakat ini, notis perubahan pegangan tersebut tidak mendedahkan identiti pembeli bagi blok saham terlibat. Pasaran kini memerhati sama ada pelupusan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pelabur institusi atau merupakan sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang syarikat.