Artikel

Setelah Barangan Sejuk Beku, Kategori Barangan Basah Kini Diteliti – Masuk Senarai SARA

Pentadbiran Malaysia kini terbuka akan sebarang cadangan berhubung perluasan kategori barangan di bawah kelayakan menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah barangan basah seperti bekalan ayam, ikan dan sayur.

Perihal itu jelas Kementerian Kewangan (MOF) sedang diteliti untuk diperluaskan kepada semua rakyat Malaysia.

Tindakan ini sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini, di mana kerajaan telahpun meluaskan kategori barangan SARA kepada makanan sejuk beku sebagai kategori baharu menjadikan SARA kini memiliki 15 kategori barangan berbanding 14 kategori barangan. Malah kerajaan juga telah menambah bilangan jenis barangan boleh dibeli kepada 140,000 barangan berbanding 100,000 barangan sebelum ini.

Untuk usul barangan basah pula, kerajaan ketika ini masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna negara dapati dipelihara sebelum keputusan muktamad dilaksanakan kelak.