Dengan kerjasama Mastercard, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kini perkenalkan Kad Prabayar Mastercard KITS Style bagi memperkasakan arena digital pada eksosistem rel dan pengangkutan awam Malaysia.
Kad penjenamaan bersama KTM-Mastercard ini untuk makluman hadir secara fizikal dan maya melalui aplikasi KITS Style, kad ini membolehkan pembayaran yang selamat merentas perkhidmatan KTM serta rangkaian pengangkutan awam lain seiring dengan perkembangan penggunaan pembayaran terbuka di seluruh negara.

Bersama pengenalan kad ini dengan aplikasi KITS Style, ia tidak sekadar menjadi akses kepada kemasukan tiket penumpang tetapi turut membolehkan pengguna khususnya yang tidak memiliki akaun bank atau tidak meraih akses tersebut untuk memanfaatkan ia pada perkhidamtan lain seperti pembayaran bil, tempahan perjalanan, dan tawaran gaya hidup dalam satu aplikasi tunggal dalam aplikasi KITS Style.
Melalui sinergi itu akses ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan perjalanan harian serta mempercepatkan peralihan kepada sistem nirtunai dalam sektor pengangkutan awam secara berkala dengan lebih agresif di masa hadapan.