Artikel

1,325 Peniaga Dikesan Tidak Daftar SST, Kenakan Cukai Tidak Sah – Sejak 2024

Ternyata seramai 1,325 peniaga kini dikesan tidak berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi tempoh 2024 hingga Januari 2026. Ini bermakna kumpulan peniaga berkaitan telah terlibat mengenakan dan mengutip cukai secara tidak sah.

Hasil pemantauan tersebut jelas notis Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Negara – kesemua peniaga terlibat telah membuat bayaran balik kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM76.7 juta.

Buat pengetahuan umum, mana-mana peniaga yang tidak berdaftar tetapi telah mengenakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan hendaklah memulangkan semula amaun itu kepada JKDM selaras dengan peruntukan perundangan.