Sehingga akhir 2025, didapati seramai 126,828 warga asing yang memegang Pas Penggajian Ekspatriat (EP) direkodkan dalam pasaran Malaysia merentasi pelbagai sektor.
Data ini sebagai perincian memperlihatkan warga China menjadi kumpulan ekspatriat tertinggi di negara dengan jumlah 36,168 orang disusuli India (22,267), Filipina (9,342), Indonesia (8,752), Jepun (8,592) dan negara lain merangkumi 41,700 individu.
Jelas notis pada Dewan Negara hari ini didapati sektor teknologi maklumat menjadi sektor tertinggi memiliki bakat asing dengan penyertaan 46,154 ekspatriat. Diikuti sektor perkhidmatan (19,959), pembinaan (16,687), perkilangan (13,993) dan pendidikan (6,296).
Ekspatriat merujuk kepada golongan profesional warga asing yang memiliki kepakaran khusus, kelayakan akademik yang tinggi, serta kemahiran teknikal yang diperlukan bagi mengisi keperluan tenaga kerja mahir di sesebuah negara.