Artikel

Pindaan Akta Sewa Beli Raih Perkenan Agong – Tiada Lagi Caj Faedah Penuh Jika Langsai Pinjaman Kereta Awal

Selepas melalui proses perbahasan di Parlimen sebelum ini, pindaan Akta Sewa Beli 2025 kini telah mencapai fasa kemuncaknya dengan meraih perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari ini.

Melalui perkenan ini, amalan pihak bank mengenakan caj faedah penuh bagi penyelesaian awal pinjaman kenderaan kini dimansuhkan secara perundangan. Pindaan ini menghapuskan penggunaan kaedah Peraturan 78 bagi pinjaman sewa beli kadar tetap yang selama ini dianggap membebankan pengguna.

Sebagai ganti, kaedah faedah efektif akan diperkenalkan. Langkah ini memastikan pengiraan ansuran bulanan lebih telus dan adil, sekali gus membolehkan pengguna membuat perbandingan kos sebenar serta merancang aliran kewangan dengan lebih bijak.

Selain akta sedemikian terdapat 8 akta lain turut meraih perkenan Agong antaranya ialah Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2025, Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) (No.2) 2025, Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026, Akta Insolvensi (Rentas Sempadan) 2025, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025, Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025.