Artikel

Harga Subsidi RON95 Kekal RM1.99 Seliter, Tiada Cadangan Untuk Diubah – Kementerian Ekonomi

Biarpun berdepan ketidaktentuan perdagangan susulan kesan konflik global pada pasaran semasa – kerajaan optimis untuk kekalkan pelarasan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter dan menegaskan tiada perancangan untuk mengubahnya. 

Setakat ini konflik yang berlaku di Timur Tengah tidak menuntut sebarang indikator yang kukuh untk mendorong kerajaan melaksanakan sebarang perubahan drastik pada dasar semasa mahupun perubahan pada harga minyak tempatan.

Namun Kementerian Ekonomi pada laporan akan terus memantau situasi sedemikian bagi memastikan sebarang isu yang berbangkit di atasi dengan baik tanpa menjejaskan kepentingan pengguna Malaysia.  Secara menyeluruh, kerajaan masih mengekalkan jangkaan pertumbuhan yang positif buat negara pada tahun ini bersama perkembangan sehingga 4.5% walaupun konflik di Timur Tengah dilihat masih berlarutan dan memberi kesan kepada sebilangan komoditi untuk jangka pendek.