Dengan pertumbuhan gaji yang lebih stabil bersama peningkatan bilangan pembayar cukai berdaftar 13% – kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) kini optimis aliran kutipan hasil cukai pendapatan individu di Malaysia berupaya meningkat 9.4% kepada RM49.07 bilion.
Sasaran lonjakan yang dizahirkan pada sesi Parlimen itu turut disokong akan kadar pengangguran yang lebih rendah bersama tindakan pelarasan gaji penjawat awam yang telah dilaksanakan pentadbiran di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Tidak hanya itu, dengan pengenalan e-invois – tuntutan ini akan mendorong lebih banyak syarikat yang berpendapatan tinggi untuk menyumbang kepada hasil cukai korporat serta mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kadar pematuhan percukaian negara. Selain individu, MOF turut optimis cukai pendapatan syarikat turut melonjak 6.5% kepada RM103.35 bilion. Dan cukai jualan dan cukai perkhidmatan pula sekitar RM26.6 bilion dan RM33 bilion.