Lembaga Tabung Haji (TH) kini secara rasminya menjadi antara pemegang saham utama AEON Co – berikutan penambahan kepentingan kumpulan pada syarikat serbaneka dan gedung membeli-belah itu.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, pegangan Tabung Haji telah melepasi ambang 5% kepada 5.0135% hasil penambahan 250,000 saham (0.18%) menjadikan kepentingan semasa Tabung Haji kini 70.39 juta saham dalam AEON Co.
Selain Tabung Haji, barisan pemegang saham utama AEON Co turut melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan 7.618% kepentingan pada gedung peruncitan tersebut.
Secara menyeluruh, penambahan kepentingan ini untuk makluman berpotensi didasari akan prestasi sektor peruncitan yang dipamerkan AEON Co. pada tahun 2025 bersama keuntungan bersih RM133.8 juta iaitu meningkat 4.5% berbanding tahun sebelumnya dan merekodkan nilai hasil yang kukuh sekitar RM4.29 bilion.