Ringgit terus memaparkan prestasi yang positif apabila dibuka tinggi, mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) – iaitu pada jam 8 pagi dengan 3.8850/8960.
Dengan perkembangan ini, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dilaraskan sehingga 4.5% pada tahun ini berpotensi ditambahbaik susulan prospek yang positif dipamerkan pergerakan ringgit.
Pengukuhan ini turut disokong akan prospek dolar AS yang lemah bersama sokongan bank pusat untuk mengekalkan dasar monetari semasa tanpa melaraskan kadar faedah.