Artikel

Kini Lebih Ramai Pelajar Manfaat Nirtunai – Rekod 58.7 Juta Transaksi Di 44 IPT

Penggunaan pembayaran secara tanpa tunai (nirtunai) kalangan pelajar dan warga pendidik di Malaysia kini dilihat terus meluas. Ini dibuktikan di bawah inisiatif PayNet Digital Campus 4.0 apabila sejumlah 58.7 juta transaksi nirtunai telah direkodkan merentasi penglibatan 44 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

Rekod ini sekali gus telah mengatasi rekod edisi kempen sebelumnya dengan memaparkan peningkatan penyertaan kalangan institusi pendidikan negara iaitu melibatkan universiti awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Tahun ini memperlihatkan Universiti Teknologi MARA Perlis (UITM) mengungguli status pembayaran nirtunai tertinggi. Sementara INTI International College Subang pula mengungguli kedudukan pertama pada kategori IPTS dalam penerapan saluran nirtunai.

Bersama pertumbuhan nirtunai kalangan institusi pendidikan negara ini, ia dilihat seiring dengan agenda Malaysia untuk tampil selaku hab digital dalam memperkasakan akses digital kewangan dengan lebih meluas di masa hadapan.