Trend perjalanan sempena musim perayaan di Malaysia kini menunjukkan lonjakan luar biasa apabila carian penginapan di Airbnb bagi tempoh Ramadan direkodkan meningkat lebih 200% dan hampir 50% bagi Hari Raya.
Lonjakan permintaan ini jelas notis Airbnb hari ini, didorong berikutan tempoh perayaan antara Tahub Baharu Cina sebelum ini bersama bulan Ramadan dalam tempoh yang berdekatan, maka lebih ramai penduduk Malaysia mula merancang tempahan penginapan lebih awal untuk memastikan percutian bersama keluarga lebih lancar.
Sebagai perincian, data Airbnb ini mendapati Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, dan Melaka kekal menjadi destinasi domestik pilihan utama pengguna sementara negeri seperti Kelantan dan Terengganu turut mencatatkan peningkatan carian selari dengan tradisi ‘balik kampung’. Bagi perjalanan antarabangsa pula, bandar-bandar seperti Tokyo, Osaka, dan Perth menjadi tumpuan pengembara yang ingin memanfaatkan cuti umum yang panjang untuk bercuti ke luar negara.
Selari dengan konsep musim perayaan, dapatan kali ini turut memperlihatkan perjalanan berkumpulan dan keluarga mendominasi lebih 80% daripada jumlah malam yang ditempah. Dan tempahan melibatkan penginapan di keseluruhan rumah meningkat sekitar 95%, membuktikan bahawa pengembara Malaysia lebih mengutamakan ruang penginapan yang luas dan selesa untuk memuatkan ahli keluarga yang ramai dalam satu bumbung.
Pilihan itu dilihat bertepatan dengan kemudahan praktikal yang disediakan merangkumi kolam renang, mesin basuh, dan Wi-Fi yang mana menjadi kriteria utama yang dicari oleh tetamu bagi menyokong tempoh penginapan yang lebih panjang bersama keluarga mereka.