Artikel

LRT3 Shah Alam Dijangka Beroperasi Sebelum Jun Ini

Tidak lama lagi, penduduk Malaysia akan mula menerima akses pengangkutan awam tambahan susulan jangkaan khidmat transit aliran ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan laluan Shah Alam dan sekitarnya berpotensi dibuka sebelum Jun 2026 ini. 

Jangkaan itu jelas Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengambilkira penyelesaian semua proses berkaitan fasa ujian, petauliahan, serta penyelesaian isu teknikal. Yang mana kesemua aspek ini berpotensi diselesaikan dalam tempoh 2 bulan mendatang.

Setakat ini, sekitar 14 daripada 22 tren telah selesai menjalani ujian larian tanpa gagal (FFR) dan 8 tren lagi masih dalam proses menjalani penilaian tersebut bagi tempoh 22 hari. Menerusi pertambahan akses ini, ia secara langsung akan membantu kawasan kota sekitarnya mengatasi isu kesesakan lalu lintas dan meningkatkan peluang ekonomi pada kawasan di laluan yang terlibat.

Ini gambaran peta laluan tren di Lembah Klang dan perincian stesen jajaran LRT3: