Artikel

Maybank, CIMB Antara 15 Institusi Kewangan – Sahkan Kerjasama Strategik Bersama MyDigital ID

MyDigital ID pada pertengahan bulan ini, memaklumkan telah melaksanakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 15 institusi kewangan melibatkan bank dan syarikat teknologi kewangan (fintech) di Malaysia.

Kerjasama ini untuk makluman antaranya melibatkan Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, AmBank, Bank Islam, Boost Bank, KAF Digital Bank, Ryt Bank, Touch ‘n Go Digital, ShopeePay, Atome, Kale dan Finexus. 

Di mana kesemua yang terlibat akan menguji ciri pengesahan MyDigital ID pada sistem pendaftaran pelanggan mereka serta melibatkan pengesahan transaksi institusi kewangan. Inisiatif ini bertujuan mensiap siga institusi kewangan dengan keupayaan yang ditambahbaik bagi mengesahkan identiti pelanggan sekali gus mengukuhkan tahap keselamatan pengguna daripada risiko penyamaran identiti, pengambilalihan akaun serta pelbagai bentuk penipuan digital.

Kesepakatan ini untuk makluman adalah menyokong saranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam meningkatkan pendigital sektor kewangan negara di samping mencapai status berpendapatan tinggi dan berdaya digital menjelang 2030.