Sambutan terhadap Dasar Gaji Progresif (DGP) menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 4,025 majikan kini didapati telah menyertai inisiatif tersebut setakat akhir tahun 2025.
Menurut Kementerian Ekonomi dalam notis Parlimen, langkah ini telah memberi manfaat kepada 51,363 pekerja di seluruh negara. DGP merupakan model kenaikan gaji secara berkala yang diselaraskan oleh kerajaan, khusus untuk pekerja dengan penawaran gaji semasa sehingga RM4,999.
Melihat kepada sambutan memberangsangkan ini, kerajaan komited untuk terus meneliti panduan pelaksanaan DGP secara berkala bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Malaysia secara berperingkat. Untuk makluman, DGP kekal berkuat kuasa sehingga tahun 2027.
Ini senarai sektor yang terlibat pada DGP:
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Perlombongan dan Pengkuarian
- Pembuatan
- Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara
- Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan
- Pembinaan
- Perdagangan Borong dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal
- Pengangkutan dan Penyimpanan
- Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman
- Maklumat dan Komunikasi
- Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful
- Aktiviti Hartanah
- Aktiviti Profesional, Saintifik dan Teknikal
- Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan
- Pendidikan
- Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial
- Aktiviti Perkhidmatan Lain
- Kesenian, Hiburan dan Rekreasi