Artikel

Singapura Ingin Kawal Selia Jualan “Kotak Misteri” Dalam Usaha Menguruskan Risiko Perjudian

Kebelakangan ini, salah satu perkara yang semakin popular dalam kalangan anak muda adalah jual-beli kotak misteri atau “Blind Box”. Melaluinya, pengguna ditawarkan dengan anak patung misteri pada setiap kotak, dan perlu membeli untuk mengetahui variasi yang mereka terima.

Menyentuh mengenainya, kini kerajaan Singapura berhasrat memperkenalkan sebuah perundangan khusus untuk jualan kotak misteri di negara tersebut. Buat masa ini, ia pada peringkat draf, dimana kerajaan akan perkenalkan beberapa peraturan dalam penawaran kotak misteri kepada pengguna. Mengikut cadangan awal adalah untuk memaparkan kebarangkalian menerima sesuatu perkara pada produk berkenaan.

Ia dikatakan aktiviti pembelian kotak misteri mungkin memberikan kesan kepada kelakuan, termasuk kesan dopamine yang secara tidak langsung membawa kepada ketagihan. Kegagalan mendapat sesuatu variasi patung atau figura juga dijangka membawa kepada kemurungan.

Kerajaan Singapura dijangka berkongsi lanjut berkenaan perancangan mereka berkaitan kotak misteri ini dalam masa terdekat.