Sejak daripada 31 Ogos 2025 lepas, CelcomDigi telah memulakan pencarian CEO baharu untuk terus memacu dan menerajui syarikat telekomunikasi terkemuka negara berkenaan. Hari ini, akhirnya Ahli Lembaga Pengarah CelcomDigi mencapai kata putus, dan mengumumkan pelantikkan Albern Murty sebagai CEO baharu.
Untuk makluman, Albern Murty membawa pengalaman lebih 22 tahun dalam arena telekomunikasi. Beliau sebelum in telah bertugas sebagai CEO Digi selama 7 tahun, dan turut pernah bertugas dibawah Telenor Asia. Sejak penyatuan CelcomDigi Albern telah menjadi timbalan CEO, dan turut memegang jawatan pemangku CEO CelcomDigi sebelum ini.
Dengan kelebihan dalam arena telekomunikasi, selain sedia mengetahui kaedah operasi dan pengurusan CelcomDigi, Albern Murty kini akhirnya dilantik sebagai CEO Baharu.
Bersama-sama pelantikkan ini, ia turut diumumkan Datuk Kamal Khalid sebagai Ketua Strategi baharu untuk CelcomDigi.