Seperti yang umum ketahui jualan kanta lekap dan peralatan optik tidak dibenarkan dan dilarang untuk dijual secara atas talian pada pasaran Malaysia – sebagaimana tertakluk di bawah Akta Optik 1991.
Ini kerana kedua produk merupakan peranti perubatan yang dikawal di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
Namun menyedari masih terdapat kelompongan pada aspek kawal selia perundangan ini – Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Optometri di Parlimen pada Oktober ini. Bagi mewujudkan kerangka kawal selia lebih tersusun akan amalan optometri serta meningkatkan tahap keselamatan dan perlindungan pengguna.
Ke arah pembentangan tersebut, KKM kini telah laksana kawalan sementara dengan mengeluarkan Garis Panduan Penjualan Alat Optik dan Kanta Lekap Secara Atas Talian – yang mana masih membenarkan kedua produk dijual pada medium tersebut namun hanya kepada optpmetrik dan juruoptik sah.