Artikel

India Akan Menawarkan Integrasi Sistem UPI Untuk Pasaran Malaysia

India sedia terkenal dengan penawaran UPI (Unified Payments Inferface) untuk menguruskan pembayaran secara digital, dan diintegrasikan pada pelbagai perkhidmatan dan aplikasi – termasuk pada WhatsApp. Ia dikatakan hampir separuh transaksi digital di India berlaku melalui platform UPI ini.

Perdana Menteri India, ketika melawat Malaysia tempoh hari mengatakan kelak mereka akan membawa penawaran UPI ke Malaysia tidak lama lagi. Langkah ini dijangka membolehkan transaksi masa-nyata dilakukan antara Malaysia dan India dengan mudah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan diimplementasikan sepenuhnya. Perbincangan antara kedua-dua negara berkenaan implementasi ini telah berlaku untuk beberapa tahun, dan mungkin dengan pengesahan Perdana Menteri India, kita mungkin melihat Paynet mengintegrasikannya dalam masa terdekat.