Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah dibuka pendaftaran pada 2024 yang lepas, membolehkan data dihimpunkan rentas agensi, sekaligus berhasrat memudahkan dalam membangunkan polisi, penyasaran bantuan dan sebagainya. Namun, sejak tahun lepas, ia seperti senyap tanpa sebarang perkembangan lanjut.
Terbaru, Kementerian Ekonomi berkongsi mengatakan hala tuju baharu untuk sistem PADU ini akan dikongsikan tidak lama lagi, sebelum Hari Raya Aidilfitri. Ia turut ditekankan pihak kementerian sedang melihat dalam bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan data dan sistem PADU buat masa ini. Mengikut sasaran dan objektif, PADU dilihat boleh menjadi komponen utama dalam memastikan pelbagai polisi kerajaan digubal berdasarkan kepada data dan gambaran sebenar keadaan rakyat Malaysia.
Setakat ini, sebanyak kira-kira 30.7 juta profil telah direkodkan pada sistem PADU, menjadikan ia sebagai pangkalan data terbesar bawah kerajaan.