Public Bank kini memaklumkan tindakan pelarasan fi dan caj perkhidmatan perbankan akan dilaksanakan mulai 23 Februari ini di cawangannya.
Semakan semula kadar fi perkhidmatan ini antaranya berhubung perolehan penyata bank di kaunter iaitu dengan caj RM12 bagi setiap permintaan dan 60 sen bagi setiap halaman. Selain itu, perubahan caj yang turut disenaraikan adalah pembatalan bayaran (RM10), pengkreditan gaji secara manual (RM10.80 setiap permintaan dan 65 sen untuk setiap pekerja), dan perolehan semula imej cek (RM10 setiap permintaan dan 60 sen setiap halaman – bagi data yang tersedia di cawangan).
Peubahan ini dijelaskan tidak hanya dilaksanakan ke atas Public Bank tetapi turut ke atas Public Islamic Bank.
Dengan langkah tersebut semua pihak boleh layari laman rasmi Public Bank untuk ketahui senarai penuh pelarasan caj tersebut bagi memudahkan urusniaga anda setelah tempoh 23 Februari ini.