Artikel

Perbelanjaan Iklan Digital Di Malaysia Kini Merosot 39% – Antaranya YouTube Web

Platform perkongsian video popular, YouTube web nampaknya kehilangan daya tarikannya di mata pengiklan tempatan apabila mencatatkan kejatuhan perbelanjaan iklan (adex) yang ketara pada tahun 2025. 

Berdasarkan tinjauan Kenanga Research, adex digital atau digidex secara keseluruhan mencatatkan kemerosotan ketara sebanyak 39% secara tahunan, selari dengan prestasi hambar yang direkodkan oleh laman web YouTube.

Data Kenanga menunjukkan laman web YouTube terus mengalami kemerosotan untuk suku ke-9 berturut-turut. Pada suku keempat 2025, hasil iklannya hanya mencecah RM95.5 juta—satu angka yang membimbangkan kerana ia hanya mewakili kira-kira 25% daripada nilai kemuncaknya yang pernah dicatatkan pada suku keempat 2023.

Situasi ini antaranya didorong persaingan medium digital yang memperlihatkan pengiklan kini cenderung beralih ke medium media sosial yang lain serta platform perdagangan lansung (live commerce) yang dilihat semakin mendominasi pasaran digital. Malab perubahan tingkah laku penggu yang beralih kepada medium pintar seperti aplikasi dan televisyen pintar turut memberi kesan kepada laman web YouTube meraih perhatian pengguna.

Selain laman web YouTube, segmen pawagam menjadi kategori yang kritikal pada adex merosot 51% secara tahunan. Biarpun sebilangan filem tempatan seperti Papa Zola merekodkan kutipan tinggi sekitar RM60 juta namun kelihatannya bajet pada pengiklanan di skrin pawagam telah dikurangkan susulan dana tersebut difokuskan pada pelaburan secara langsung pembangunan kandungan filem. Tindakan ini menjadi sumber hasil baru bagi mengimbangi kejatuhan adex tradisional.

Malah sentimen pengguna yang hambar juga telah mendorong pengiklan untuk memperlahankan perbelanjaan mereka pada pemasaran iklan di medium seperti pawagam.