Artikel

Kerajaan Bercadang Guna Pengecaman Nombor Plat – Ganti Sekatan Jalan Raya

Tindakan sekatan jalan raya dilihat bukan lagi pelaksanaan yang relevan pada pemeriksaan kenderaan di pasaran semasa – susulan ia tidak sekadar menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi turut merugikan kos masa dan tenaga pengguna. Maka Kementerian Pengangkutan (MOT) kini bercadang beralih kepada penguatkuasaan automatik – iaitu pemeriksaan menggunakan pengecaman nombor plat (ANPR).

Berdasarkan cadangan itu, mengikut laporan Bernama kementerian kini dalam usaha mengintegrasikan sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) di lebuhraya bersama pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta MySikap. Usaha itu secara langsung membolehkan tindakan pemeriksaaan dilaksanakan tanpa perlu memberhentikan kenderaan.

Selain tumpuan itu, terdapat juga cadangan untuk mengehadkan pergerakan motosikal di lebuh raya mengikut masa atau kapasi tertentu. Syor itu dilihat untuk mengurangkan isu kemalangan maut yang dilihat meningkat sejak 3 tahun lalu.