Artikel

Kadar Zakat Fitrah Kedah Naik – Kini RM9, RM15 Dan RM23

Sekiranya tahun lalu, sekadar dua kategori harga beras untuk pembayaran zakat fitrah dilaksanakan – untuk tahun 2026, Kedah kini menetapkan kenaikan pada zakat fitrah negeri dengan 3 kadar zakat fitrah kepada penduduk. Iaitu RM9, RM15 dan RM23. 

Yang mana RM9 bagi beras tempatan, RM15 beras import dan RM23 beras basmathi dan seumpamanya.

Penetapan ini menurut Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) didasari mengikut gred dan jenis makanan yang dimakan kebanyakan penduduk negeri. Maka hasil semakan dan perkenan Tuanku Sultan Kedah, pelarasan zakat fitrah baharu ini dikuatkuasakan.

Dengan pelarasan baharu itu, sekitar 2,788 ejen amil dan 183 agensi dilantik untuk mengalas peranan kutipan zakat fitrah termasuklah memanfaatkan kaedah digital seperti pembayaran melalui kod QR dan sistem MyAmil.