Kementerian Digital kini sedang membangunkan sebuah Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) yang bertindak selaku pangkalan data berpusat yang bertujuan mengukur jurang digital kalangan masyarakat negara.
Perihal ini dikongsikan susulan menjawab ketika sesi Parlimen pagi ini berhubung tindakan kementerian dalam mengunapakai metrik bagi mengukur kemajuan Ekonomi Digital Malaysia untuk tempoh 2025 sehingga 2030 kelak.
Melalui MyIKD, pentadbiran Malaysia akan lebih memahami keperluan pengguna secara khusus dalam merangka insiatif digital yang lebih baik dan memantau jurang digital secara berkala. Tidak hanya itu, MyIKD turut bertindakan sebagai penanda aras negara dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan sesebuah teknologi di pasaran semasa.
Dengan indeks ini, Malaysia tidak sekadar memahami tahap kebolehcapaian teknologi yang terlibat tetapi faktor kos dari aspek kemampuan pemilikan kalangan pengguna serta tahap ketersediaan dan penerimaan masyarakat pada penerapan teknologi di pasaran hadapan.