Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dilaraskan pada paras 2.75%. Kadar ini untuk makluman terus kekal setelah dinaikkan sejak Julai 2025.
Hasil keputusan di bawah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia ini, kadar tersebut didorong akan beberapa faktor penting melibatkan pertumbuhan prestasi ekonomi di peringkat domestik dan antarabangsa.
Antaranya menjelaskan aliran domestik negara dijangka kekal stabil dan positif sehingga tahun 2026. Prestasi ini meliputi pertumbuhan pekerjaan, gaji dan penambahbaikan dasar di pasaran semasa yang dijangka akan menyokong kekuatan perbelanjaan isi rumah di Malaysia.
Secara menyeluruh pertumbuhan global 2025 dilihat lebih tinggi berbanding jangkaan – jelas notis BNM ini, tekanan tarif diperhatikan lebih rendah disusuli perbelanjaan yang lebih tinggi berlaku pada segmen teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan sokongan kewangan negara yang semakin kukuh.
Sementara paras inflasi pula dilihat kekal terkawal dengan peningkatan kecil secara purata 1.4% sehingga 2% untuk 2025. Berdasarkan prestasi ini, BNM optimis inflasi teras pada 2026 akan kekal stabil bersama sokongan pengembangan ekonomi yang positif.