Artikel

Gaji Minimum Ekspatriat Di Malaysia, Bakal Naik Dua Kali Ganda – Bermula 1 Jun Ini

Mulai 1 Jun 2026 ini, syarat gaji minimum golongan Ekspatriat iaitu pemegang Pas Penggajian (EP) di Malaysia akan ditetapkan meningkat dua kali ganda dalam kebanyakan sektor ekonomi.

Pembaharuan syarat itu mengikut notis Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah selaras dengan kemasukan pemohonan baharu ekspatriat dan pembaharuan pas EP pada tempoh tersebut.

Maka syarikat berkaitan disarankan untuk bersedia akan bajet yang lebih tinggi dan laksana perancangan awal berhubung pelarasan tenaga kerja pakar asing dalam operasi mereka bagi mengelakkan berlakunya kesulitan ketika proses lantikan kelak.

Buat pengetahuan umum, perubahan ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) – yang mana pengkelasan ekspatriat diteliti selari dengan panduan Jabatan Imigresen. Ini perincian kategori ekspatriat yang terlibat:

  • Kategori Pertama: Gaji minimum dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 sebulan dan ke atas, dengan tempoh maksimum penggajian selama 10 tahun.
  • Kategori Kedua: Julat gaji diselaraskan daripada RM5,000–RM9,999 kepada RM10,000–RM19,999, dengan tempoh maksimum penggajian selama 10 tahun
  • Kategori Ketiga: Julat gaji diselaraskan daripada RM3,000–RM4,999 kepada RM5,000–RM9,999, dengan tempoh maksimum penggajian selama 5 tahun. Dan gaji minimum lebih tinggi iaitu RM7,000 terpakai bagi sektor pembuatan