Selaras dengan penerapan akses digital kalangan 62% perniagaan tempatan iaitu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada segmen ekonomi semasa – Alliance Bank kini memperkenalkan kad debit Biz-Xpress baharu bersama ciri yang dipertingkatkan bagi membantu PKS negara untuk meraih akses digital yang lebih baik, termasuklah menguruskan transaksi perniagaan mereka dengan lebih muda, selamat serta perolehan ganjaran yang menarik.
Menerusi kad debit Biz-Xpress ini, ia akan menyokong peniaga pada urusan deposit, pengeluaran tunai, pembelian atas talian dan kedai fizikal melibatkan pasaran domestik mahupun antarabangsa, pembayaran dalam mata wang asing, serta akses ATM global sebagai kemudahan tambahan.
Selain itu, rekaan kad juga dijelaskan diinspirasikan oleh ibu pejabat baharu Alliance Bank yang mencerminkan imej moden dan progresif buat pemilik perniagaan. Bagi pengguna sedia ada dimaklumkan boleh menaiktaraf kad debit semasa anda kepada Kad Debit Biz-Xpress baharu dengan mudah di mana-mana cawangan Alliance Bank bermula Januari 2026.
Lebih menarik selari dengan pelancaran pembaharuan kad ini, Alliance Bank turut tampil dengan tawaran eksklusif sehingga 30 Jun 2026 kelak, iaitu pengguna berpeluang meraih pulangan tunai 1.5% bagi perbelanjaan luar negara dan secara atas talian melibatkan mata wang asing serta baucar Shopee RM100 untuk 300 pengguna terawal yang memohon dan membelanjakan minimum RM500 dalam tempoh 30 hari setelah kad tersebut dikeluarkan.
Untuk ketahui lanjut, semua pengguna dan pemain PKS boleh layari laman rasmi Alliance Bank Biz-Xpress untuk memahami terma dan syarat perolehan Kad Debit Biz-Xpress.