Artikel

CelcomDigi, Vircle Kini Perkenal SafePAY Jr – Langganan Kad Prabayar Visa Buat Kanak-Kanak

Dalam usaha meningkatkan lagi literasi kewangan kalangan kanak-kanak negara, kini CelcomDigi bekerjasama dengan Vircle perkenalkan pelan langganan kad prabayar Visa khas buat kumpulan kanak-kanak di Malaysia – yang dikenali sebagai SafePAY Jr. 

Menerusi kad prabayar ini, ibu bapa dapat memantau dan mengawal perbelanjaan kanak-kanak menerusi pautan pada aplikasi khusus iaitu aplikasi Vircle. Lebih terperinci akses ini turut membolehkan para penjaga menetapkan tugasan dan ganjaran pada setiap misi yang berjaya dilunaskan – ia sekali gus mendidik anak-anak lebih menghargai perolehan wang dan memahami cara penggunaan wang yang lebih baik.

Berdasarkan pengenalan pelan tersebut, SafePAY Jr menyediakan harga langganan RM8 sebulan dengan tambahan RM10 untuk caj pendaftaran. Maka untuk ketahui lanjut akses ini, semua pengguna boleh layari laman rasmi SafePAY Jr dan ketahui perincian langganan yang disediakan.