Artikel

Gangguan Tren Prasarana Kini Menurun 56%, Hanya 31 Kes Direkodkan – Pada 2025

Tahun 2025 memperlihatkan prestasi pengendali pengangkutan awam utama Malaysia – Prasarana meraih kemajuan yang positif apabila secara puratanya membawa sekitar 1.31 juta penumpang sehari sepanjang tahun dengan meraih jumlah tertinggi seramai 1.63 juta pada 31 Disember 2025.

Perkembangan ini secara jelas menunjukkan berlakunya lonjakan 11% pada prestasi perkhidmatan tren dan bas. Lebih menarik Prasarana turut berjaya mengurangkan jumlah gangguan perkhidmatan rel kepada hanya 31 gangguan berbanding 71 gangguan (2024). Penambahbaikan sekitar 56% itu ternyata membantu meningkatkan lagi kecekapan operasi tren Rapid Rail.

Prestasi ini jelas Prasarana didorong akan usaha lanjutan yang telah dirangka sejak 2021 dengan mengfokuskan kepada penyelenggaraan aset, meningkatkan kecekapan operasi serta menambahbaikan ketepatan masa perkhidmatan. Langkah itu dijelaskan akan terus dipertingkatkan secara berkala bagi memenuhi kemudahan buat pengguna. Berlandaskan pencapaian itu, Prasarana optimis jumlah purata harian penumpang akan terus meningkat sekitar 1.5 juta pengguna sehari pada tahun 2026.