Sekiranya awal tahun ini memperlihatkan harga buah limau mandarin atau lokam lebih tinggi susulan pengeluaran yang lebih rendah, berbeza pula untuk sambutan pada Februari 2026 kelak – berikutan bekalan tahun 2026 memperlihatkan hasil tuaian yang mencukupi di kawasan pengeluaran utama dijangka akan membawa kepada harga yang lebih terkawal pada pasaran kelak.
Perihal ini mengikut laporan TheStar bersama persatuan pemborong menjelaskan jumlah pengeluaran limau adalah membrangsangkan bagi memenuhi permintaan menjelang Tahun Baru Cina kelak. Ketika ini sahaja terdapat pesanan 1,500 kontena lokam ditempah oleh peniaga negara. Dengan langkah persediaan yang lebih awal, tindakan itu itu tidak sekadar memberi penjimatan pada pengurusan kos tetapi turut meningkatkan kecekapan perolehan bekalan dengan lebih awal.
Melihat kepada dinamik tersebut, permintaan terhadap limau mandarin dijangka akan terus rancak. Pasaran diramal mula aktif sekitar akhir Januari, dengan permintaan daripada pemain korporat dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh dua minggu sebelum ketibaan Tahun Baru Cina.