Artikel

Syria Perkenal Mata Wang Baharu – Menjelang 2026 Ini

Bermula 1 Januari 2026, Syria dijadualkan akan melancarkan mata wang nasional baharu pada pasaran mereka. Tindakan itu adalah sebahagian daripada langkah Syria dalam laksana pembaharuan pada ekosistem ekonomi mereka.

Biarpun tiada perincian lanjut berhubung pelaksanaan tersebut – menurut laporan Reuters, tindakan itu akan membawa kepada langkah mendenominasi semula mata wang Syria dengan potensi membuang dua angka sifar pada mata wang semasa. Langkah ini dijelaskan sebagai usaha untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap nilai pound yang telah menyusut dengan teruk.

Dengan pengenalan, terdapat juga beberapa pemain ekonomi menyuarakan kebimbangan bahawa mata wang baharu itu boleh menyebabkan lonjakan inflasi dan terus menghakis kuasa beli rakyat Syria yang sedang bergelut dengan harga barang yang tinggi. Namun, Bank Pusat Syria optimis langkah itu akan dilaksanakan melalui proses pertukaran yang lancar dan teratur.