Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini secara rasminya memaklumkan jumlah pengagihan pendapatan tahun ini adalah sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) berlandaskan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025.
Agihan ini untuk makluman mengatasi penanda arasnya, iaitu kadar Deposit Tetap 12 Bulan Maybank, yang mencatatkan kadar purata 2.29%.
Jelas Permodalan Nasional Berhad (PNB), prestasi itu membawa kepada nilai pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit merupakan jumlah pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB mencecah RM206.7 bilion.
Pengagihan pendapatan dijelaskan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam, hari yang sama.
Transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB dan 2 Januari 2026 di cawangan dan ejen ASNB.
