Setel hari ini memperkenalkan ciri baharu, iaitu sokongan tambah nilai menggunakan tunai, melalui stesen Petronas seluruh negara. Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan tambah nilai menggunakan tunai, dan memberikan alternatif kepada platform atas-talian.

Untuk melakukan tambah-nilai secara tunai, anda hanya perlu ke stesen Petronas, seterusnya buka Setel dan tekan pada tab Bayar. Seterusnya, pilih “Tambah Nilai Tunai di Petronas”.
Skrin akan memaparkan sebuah kod khas, dan anda hanya perlu berikan kepada pihak juruwang di kaunter Petronas untuk imbas dan memasukkan kredit ke akaun anda. Ciri ini sudah boleh digunakan di lebih 1000 stesen Petronas seluruh negara bermula hari ini.