Artikel

Sistem E-Duti Setem Kini Boleh Diakses – Pada Portal MyTax

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) akan dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Januari 2026 sebagai langkah pembaharuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan duti setem serta menggalakkan pematuhan secara sukarela.

Maka sistem STAMPS sedia ada akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2025, dan semua urusan penyeteman akan dimigrasikan ke sistem e-Duti Setem bermula 1 Januari 2026. Ini bermakna sistem e-Duti Setem kini boleh diakses lebih awal melalui portal MyTax mulai 17 Disember 2025.

Dengan akses itu, pengguna STAMPS sedia ada dibenarkan untuk log masuk ke portal MyTax menggunakan ID dan kata laluan individu MyTax. Ini memberi ruang kepada pembayar duti dan ejen yang dilantik membuat pengujian dan persediaan sebelum sistem STAMPS sedia ada ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2025.

Jelas LHDN melalui akses awal ini ia bertujuan memastikan proses peralihan ke sistem e-Duti Setem dapat dilaksanakan secara lancar, teratur dan berpusat tanpa menjejaskan urusan percukaian bersama pengguna.