Selari dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan harga Diesel bagi tempoh 18 Disember 2025 hingga 24 Disember 2025.
Sebagai perincian RON97 kurang sebanyak 3 sen kepada RM3.24 seliter, RON95 tanpa subsidi sebanyak 2 sen kepada RM2.62 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 4 sen kepada RM3.02 seliter.
Langkah ini bertujuan untuk menyokong kestabilan harga pasaran minyak di Malaysia selaras dengan penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism secara mingguan.
Melalui perubahan tersebut, pelarasan harga minyak mentah dunia akan terus dipantau secara berkala dan tindakan selanjutnya akan disesuaikan mengikut keperluan negara serta kesejahteraan rakyat pada pasaran semasa.
