Artikel

Prestasi Tertinggi Sejak 2021 – Ringgit Dibuka Mengukuh Pada Paras RM4.07

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dagangan dibuka hari ini mengekalkan momentum positifnya dengan diniaga pada paras 4.07 – iaitu prestasi tertinggi dalam tempoh hampir 5 tahun.

Paras itu dilihat hasil sokongan sentimen domestik dan faktor luaran yang lebih baik. Sebagai perincian ringgit mengukuh kepada 4.0765/0935 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam.

Buat pengetahuan umum, kali terakhir ringgit mencecah paras tersebut adalah pada 3 Mac 2021, apabila ringgit ditutup pada 4.0720 berbanding dolar AS.