Artikel

PM Anwar Secara Rasminya Umum Senarai Menteri, Timbalan Menteri Baharu

Susulan terdapat kekosongan 4 portfolio utama pada senarai kementerian di dalam kabinet Malaysia ketika ini – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya laksana rombakan pada senarai asal anggota pentadbiran Malaysia semasa. Pengumuman rasmi pada hari ini ternyata memperlihatkan sejumlah pertukaran dan lantikan baharu dilaksanakan pada beberapa kementerian. 

Jelas PM Anwar lagi senarai nama yang diumumkan sebentar tadi akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada esok hari (16 Disember) jam 10 pagi bagi menggalas jawatan kementerian dan mesyuarat kabinet akan diteruskan pada jam 2.30 petang bersama semua anggota kerajaan.

Buat pengetahuan umum, ini senarai penuh anggota kabinet kerajaan MADANI baharu yang diumumkan pada sidang khas sebentar tadi:

  • Menteri di JPM Wilayah Persekutuan – Hannah Yeoh (pertukaran portfolio dari peranan Menteri Sukan)
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Lo Su Fui (lantikan baharu)
  • Menteri di JPM urusan Sabah dan Sarawak – Datuk Mustapha Sakmud (lantikan baharu)
  • Menteri Hal Ehwal Agama – Datuk Zulkifli Hassan (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Agama – Ustazah Marhamah Rosli (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Kewangan – YB Liew Chin Tong (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri MITI)
  • Timbalan Menteri PETRA – Datuk Seri Abdul Rahman Hj Mohd (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Sumber Manusia
  • Timbalan Menteri Makanan – Datuk Chan Foong Hin (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Komoditi)
  • Timbalan Menteri KDN – Dato Lukanisman Awang Sauni (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri KKM)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita – Puan Lim Hiu Ying (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Kewangan)
  • Timbalan Menteri KPT – Adam Adli (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Sukan)
  • Timbalan Menteri Pelancongan – Chiew Choo Man (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Perpaduan – Yuneswaran a/l Ramaraj (lantikan baharu)
  • Menteri MITI – Datuk Seri Johari Abdul Ghani (pertukaran portfolio dari peranan Menteri Komoditi)
  • Timbalan Menteri MITI – Sim Tze Tzin (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri KKM – Datuk Hajah Hanifah (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Ekonomi)
  • Menteri KUSKOP – Steven Sim (pertukaran portfolio dari Menteri Sumber Manusia)
  • Timbalan Menteri KUSKOP – Mohamad Alamin (pertukaran portfolio dari Timbalan Menteri KDN)
  • Menteri Ekonomi – Akmal Nasurullah Nasir (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Ekonomi – Datuk Indra Shahar Abdullah (lantikan baharu)
  • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Datuk Seri Arthur Joseph (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam – Syed ibrahim Syed Noh (lantikan baharu)
  • Menteri Komoditi – Datuk Seri Noraini Ahmad (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Komoditi – Datuk Huang Tiong Sii (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Sumber Asli)
  • Menteri Sumber Manusia – Datuk Ramanan Ramakrishnan
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (pertukaran portfolio dari peranan Timbalan Menteri Pelancongan)
  • Menteri Belia dan Sukan – Dr Mohd Taufiq Johari (lantikan baharu)
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Mordi Anak Bimol (lantikan baharu)